The Leading Trading Academy in Malaysia

Vaksin Coronavirus Semakin Hampir

Kemajuan vaksin coronavirus telah menajadi tumpuan ramai termasuklah kepada peserta pasaran kewangan. Berita baik daripada segi kemajuan penemuan vaksin telah meningkatkan pasaran saham semenjak bulan Mac.

Berita bahawa AstraZeneca dan Oxford Univeristy terpaksa menghentikan percubaan tahap 3 pada minggu lalu telah menyaksikan minggu yang kucar-kacir pada pasaran saham dunia.

Berita bahawa percubaan akan disambung semula di UK mungkin akan dapat menyokong sentimen kembali ke arah positif untuk minggu baru ini.

Seperti yang diharapkan, Pfizer akan memperbesarkan percubaan tahap 3 kepada 44.000 orang daripada 30.000 orang – dan mengikuty CEO Pfizerl, Albert Bourla, vaksin mungkin akan siap sedia pada akhir tahun ini.