The Leading Trading Academy in Malaysia

Persidangan ECB

Pegawai ECB menjadi lebih yakin dengan ramalan ekonomi mereka menurut laporan daripada Bloomberg. Laporan tersebut menyumbang kepada pemulihan semula EUR/USD melebihi 1.18.

Ini menunjukkan bahawa bank pusat tidak menjangkakan sebarang risiko tambahan untuk menyokong rangsangan lebih lanjut.

Dengan lebih banyak data yang ada sekarang dan dengan pengetahuan bahawa Kesatuan Eropah telah menyetujui dana penyelamatan, para ahli ekonomi di Eropah semestinya merasa sedikit lebih selesa.

Unjuran ekonomi terkini daripada ECB tidak mengharapkan dapat menunjukkan prospek ekonomi yang lebih cerah atau kemerosotan. Ramalan yang berubah sedikit akan memberikan ruang kepada ECB untuk menunggu dan melihat keberkesanan rangsangannya sekarang.

Namun, sekiranya ECB memilih untuk tidak mengambil sebarang tindakan dan Presiden Christine Lagarde tidak memberikan panduan mengenai perubahan dasar pada masa hadapan maka zon eropah harus bersedia untuk menghadapi nilai euro yang lebih tinggi.