The Leading Trading Academy in Malaysia

Perkembangan Covid-19 di AS

Beberapa hari kebelakangan ini peningkatan kes baru di Amerika Syarikat agak membimbangkan dunia. Semalam merupakan hari kelima kes baru di Amerika Syarikat mencecah 40 ribu kes baru sehari semenjak minggu lalu.

Dari segi penambahan kes baru, mengikut Anthony Fauci, pakar dalam kes penyakit tersebar, mengatakan penambahan kes baru sehari mungkin akan mencecah 100 ribu sehari sekiranya keadaan sekarang tidak dibendung.

Pasaran sekarang sememangnya sedang memerhatikan perkembangan ini. Walaupun pasaran saham tutup dalam positif semalam tetapi sekiranya trend penambahan kes baru ini tidak diberhentikan, pasaran saham mungkin akan jatuh kembali.

Dan sekiranya pasaran saham AS jatuh, aset-aset selamat akan menjadi tumpuan dan begitu juga dengan dolar AS.