The Leading Trading Academy in Malaysia

Perjanjian TikTok dan Oracle

ByteDance iaitu pemilik kepada platform media sosial yang terkenal semalam telah bersetuju dengan tawaran perjanjian yang ditawarakan oleh kumpulan teknologi AS Oracle.

Pada dasarnya, orang ramai bersangka yang Microsoft akan memengangi perjanjian untuk membeli TikTok di AS namun sangkaan ini terpesong.

Tiktok sekarang telah bersetuju dengan tawaran daripada Oracle yang mana bukanya perjanjian jual beli tetapi lebih kepada perkongsian.

Presiden AS iaitu Donald J. Trump meminta untuk TikTok AS menjual hak miliknya kepada syarikat AS namun situasi sekarang berlainan daripada yang diminta.

Apa yang dijanjikan, hak milik TikTok kekal kepada ByteDance tetapi kesemua data pengguna daripada Amerika Syarikat akan dikawal oleh syarikat Oracle.

Sekarang kedua-dua syarikat menunggu jawapan daripada pihak kerajaan AS dan China berkenaan perjanjian ini.