The Leading Trading Academy in Malaysia

Peningkatan Kes Coronavirus

Kenaikan kes coronavirus menjadi perhatian utama untuk orang ramai mahupun pelabur-pelabur. Setakat ini, lebih daripada 10 juta kes telah dikenalpasti dan lebih daripada 3 juta kes datang daripada Amerika Syarikat. 

Pasaran saham berada dalam trend bullish semenjak Mac lalu apabila orang ramai bersikap positif mengenai pembukaan semula ekonomi di Amerika Syarikat. Namun sentimen ini mungkin sudah berakhir apabila Jumaat lalu, kerajaan Texas telah menarik balik pembukaan ekonomi dan mengarahkan bar dan pub ditutup kembali walaupun ia baru sahaja dibuka. 

Setakat ini, ramai beranggapan bahawa penutupan penuh ekonomi mungkin tidak akan berlaku kerana ia akan memberi impak yang sangat teruk untuk ekonomi namun penutupan separuh akan berlaku. Disebabkan pasaran saham AS sebelum ini naik dengan drastik maka berita ini mungkin akan menyebabkan ia jatuh ke fasa pembetulan. 

Jadi untuk masa sekarang, tumpuan para pelabur adalah pada dolar AS dan juga aset selamat seperti emas. Manakala apabila sentiment positif, dolar AS akan kehilangan kekuatan dan pasaran saham akan menjadi tumpuan.