The Leading Trading Academy in Malaysia

Ramalan Harga Emas

Harga emas dijangka akan memecah zon rintangan $1800 dan mungkin akan mencecah harga $2000 untuk satu auns troy. Mengikut pendapat penganalisa daripada TD Securities, permintaan untuk aset tahan inflasi sebagai alat untuk melindungi nilai aset semakin meningkat.

Ini berikutan jangkaan inflasi yang teruk akan berlaku kerana rata-rata negara mula memulakan program rangsangan mereka. Program rangsangan seperti Quantitative Easing penting untuk membantu pertumbuhan ekonomi namun ia pada masa yang sama akan menjatuhkan nilai matawang dan sesetegah aset.

Jadi para pelabur sekarang untuk mempertahankan nilai aset mereka, mereka mula mencai aset yang tahan dengan perubahan inflasi. Emas merupakan salah satu komoditi atau aset yang mampu menahan perubahan harga matawang. Jadi untuk masa sekarang harga emas akan terus meningkat disebabkan permintaan yang semakin tinggi.