The Leading Trading Academy in Malaysia

Masa Depan Euro?

Harapan menggunung untuk program Dana Pemulihan Covid-19 EU lesap apabila selepas persidangan sepanjang hujung minggu gagal menemu kata putus antara para pemimpim negara anggota kesatuan Eropah. Situasi ini menyebabkan para pelabur teringat situasi yang sama berlaku pada Amerika Syarikat 12 tahun yang lalu.

Pada tahun 2008 selepas krisis kewangan, Kerajaan Amerika Syarikat cuba mendapat kelulusan rang undang-undang yang lebih kurang sama yang bernama TARP untuk merangsangkan ekonomi. Namum pada percubaan pertama, rang undang-undang terbabit ditolak dan ia telah menyebabkan penjualan besar-besaran stok AS.

Keadaan tersebut telah menyebabkan penggubal undang-undang segera bersetuju dan meluluskan TARP pada pembentangan kedua kerana kerisauan dan ketakutan pasaran saham AS jatuh lagi. Dan situasi sekarang untuk Eropah adalah sama dengan situasi AS pada masa itu.

Jadi sekarang sekiranya Dana Pemulihan Covid-19 EU tidak diluluskan, kemungkinan besar pasaran saham eropah akan mengalami kejatuhan yang teruk.