The Leading Trading Academy in Malaysia

Laporan RBNZ

 Hari ini merupakan hari persidangan bank pusat New Zealand iaitu Reserve Bank of New Zealand (RBNZ). Seperti yang dijangkan, tiada sebarang perubahan terhadap kadar faedah bank pusat tersebut namun mengikut laporan yang dikeluarkan, terdapat unsur-unsur ketidakpastian di dalamnya. 

Mengikut laporan RBNZ, kesan negatif daripada pandemik global masih lagi ketara dan berkemungkinan akan menjejaskan ekonomi New Zealand ke tahap kritikal. RBNZ telah membincangkan pelbagai cara dan pilihan yang tersedia untuk menangani masalah ini. 

Di antara pilihan yang dibincangkan adalah menambahkan lagi Quantitative Easing (QE) melalui program LSAP, menurunkan lagi kadar faedah bank sehingga ke zon negatif dan lain-lain. Setakat ini, RBNZ tidak yakin dengan segala program rangsangan yang dijalankan mampu merangsang ekonomi meraka. 

Penyataan ini sekaligus melemahkan matawang New Zealand sekaligus membuka pintu kebarangkalian untuk RBNZ menglaksanakan kadar faedah negatif pada masa hadapan.