The Leading Trading Academy in Malaysia

Keuntungan Tesla

Pendapatan Tesla untuk suku ke-2 pada tahun ini dikeluarkan semalam. Laporan yang sememangnya dinanti-nantikan oleh orang ramai sememangnya tidak mengecewakan. Tesla sekali lagi menunjukkan laporan pendapatan yang positif dan ia merupakan suku ke-4 berturut-turut Tesla menunjukkan pendapat yang positif.

Dengan laporan semalam, Tesla dengan ini memenuhi syarat untuk meletakkan saham mereka di dalam indek S&P 500. Walaupun pendapatan tahunan masih lagi dikira menurun berbanding tahun lalu namu ia adalah disebabkan oleh penutupan ekonomi disebabkan oleh wabak covid-19.

Namum pengeluaran model baru dan pembukaan kilang di Shanghai telah banyak melonjat dan membantu saham Tesla di persada dunia. Kita harus ingat bahawa, hanya setahun yang lalu saham Tesla diperdagangkan pada harga $260 untuk satu unit dan sekarang ia bernilai lebih daripada $1600 untuk satu unit.