The Leading Trading Academy in Malaysia

Keputusan Ransangan Terbaru AS

Hari ini salah satu berita penting yang akan kita perhatikan adalah kelulusan rang undang-undang dana rangsangan selanjutnya oleh kerajaan Amerika Syarikat. Ini akan menjadi tumpuan utama hari ini kerana ia akan mengubah situasi status quo sekarang.

Sekiranya rang undang-undang terbabit diluluskan maka ekonomi AS akan bertambah pulih namun penambahan matawang yang terlampau ke dalam pasaran menyebabkan nilai dolar AS jatuh nilai. Maka kita akan melihat kemungkinan besar harga emas akan meningkat.

Ini benar untuk kesemua harga komoditi yang lain juga. Harga perak dan juga logam berharga yang lain juga akan meningkat dan yang paling ketara adalah prestasi matawang dolar AS berbanding dengan matawang utama yang lain.

Jadi sekiranya dana rangsangan tersebut diluluskan maka kita menganggap bahawa dolar AS akan melemah untuk masa terdekat ini.