The Leading Trading Academy in Malaysia

Persidangan FOMC semalam mengeluarkan beberapa kenyataan rasmi yang mana tidak mengejutkan para peserta pasaran kewangan.

Penggubal dasar Fed semalam telah meningkatkan ramalan ekonomi mereka terhadap AS tetapi pada masa yang sama mengeluarkan kenyataan yang agak “dovish” terhadap kadar faedah.

Fed mengatakan bahawa mereka akan mengekalkan kadar faedah berhampiran sifar sehinggalah sekurang-kurangnya 2023.

Fed kini melihat pertumbuhan ekonomi AS semakin positif dan mengubah ramalan mereka kepada -3.7% daripada -6.5% yang dijangkakan pada bulan Jun lalu.

Kelemahan dolar pada awal sesi sebagai tindak balas terhadap petunjuk dovish semakin pudar dan pelabur menaikkan dolar menjelang pertemuan Bank of England dan Bank of Japan.