The Leading Trading Academy in Malaysia

Euro Bergantung Kepada Dana Pemulihan

Pasangan matawang Eropah dan Dolar AS masih lagi berlegar-legar di zon 1.12 dan 1.13. Nilai dolar AS sekarang bergantung kepada perkembangan semasa status kes Coronavirus yang mana dolar AS disini bertindak sebagai aset selamat.Sekiranya kes semakin serius dan pasaran berasa bimbang dan khuatir mengenai situaso, dolar AS menjadi pilihan mereka.

Untuk matawang Eropah pula, satu-satunya perkara yang mungkin akan mencetus pergerakkan sama ada menambah kekuatan atau melemahkan matawang tersebut adalah kelulusan dana pemulihan zon eropah yang sedang dibincangkan di parlimen Eropah.

Setakat ini rancangan tersebut masih tidak mendapat kelulusan namun minggu hadapan President Kesatuan Eropah, Charles Michel, akan membentangkan cadangan baru berkenaan program tersebut untuk meyakinkan 4 negara kesatuan Eropah terpenting untuk mendapat persetuajuan meraka.

Sekiranya program ini diluluskan, pemulihan zon eropah akan bertambah senang dan ekonomi akan kembali ke landasan yang betul sekaligus akan memberi kesan kepada nilai matawang.