The Leading Trading Academy in Malaysia

Emas Puncak Tertinggi

Kekuatan Emas semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Pada pagi tadi Emas mencipta puncak tertinggi pada harga $1981.35 untuk satu auns sebelum harga kembali ke paras $1940. Momentum emas masih lagi ke arah menaik dan sekiranya momemtum ini tidak diputuskan maka tidak mustahil untuk harga emas mencecah $2000 pada minggu hadapan.

Salah satu sebab kenapa nilai emas semakin meningkat adalah kerana nilai matawang dolar AS yang semakin jatuh disebabkan oleh Quantitative Easing yang manca Fed mencetak lebih banyak wang untuk menolong kerajaan AS melaksanakan program rangsangan bagi memulihkan ekonomi mereka.

Walaupun harga dolar AS sudar berada pada paras terendah sekarang dan ia mungkin akan naik kembali namun untuk jangka masa pangjang momemtum masih lagi memihak kepada dolar AS. Antara sebabnya adalah kadar nyata yang negatif. Ini bermaksud semakin kita pegang matawang untuk jangka masa yang panjang, semakin kurang nilai wang tersebut. Situasi menyebabkan orang ramai berebut-rebut membeli aset keras.