The Leading Trading Academy in Malaysia

Data Ekonomi Amerika Syarikat

 Semalam Amerika Syarikat telah mengeluarkan data-data ekonomi meraka berkenaan Durable Goods Order dan juga Unemployment Claims. Durable Goods Order merupakan petunjuk untuk menentukan paras perkembangan sektor industri. Ia merupakan pesanan barang tahan lama seperti komputer dan peralatan lain. Unemployment Claims pula terbahagi kepada dua. Pertama tuntutan untuk pertama kali pengangguran yang mana meraka yang baru sahaja hilang pekerjaan. Kedua adalah tuntutan pengangguran berterusan iaitu mereka yang telah lama menganggur. 

Jadi semalam angka Core Durable Goods Order menunjukkan penambahan. Ini bermaksud kilang-kilang di Amerika Syarikat mula mengembangkan peralatan atau mula menambah pengeluaran mereka. Ini merupakan satu berita yang bagus untuk pemulihan ekonomi AS. Tetapi Wells Fargo mempunyai pendapat yang berbeza, walaupun situasi tampak cerah, penganalisa di Wells Fargo berpendapat liku-liku menuju pemulihan ekonomi masih bermasalah disebabkan oleh beberapa unsur ketidakpastian seperti Covid-19. 

Data tuntutan pengangguran untuk pertama kali semalam juga meningkat. Seramai 1.48 juta rakyat AS semalam mendaftar sebagai penganggur pada minggu lalu. Angka ini merupakan lagi tinggi pada ramalan dan para pelabur masih beranggap angka akan terus meningkat dengan kedatangan gelombang kedua Covid-19. 

Secara keseluruhannya, situasi masih lagi suram namum harapan untuk pemulihan ekonomi masih lagi wujud.