The Leading Trading Academy in Malaysia

Brexit: Semakin Jauh daripada Perjanjian

Situasi kembali panas pada hari Khamis berkenaan politik Brexit. UK mengemukakan ‘rang undang-undang pasaran dalaman’ – yang mana mengubah beberapa aspek perjanjian yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pahak pada bulan Januari.

Ursula von der Layen, presiden Suruhanjaya Eropah mengatakan dia “sangat risau” dengan situasi ini kerena mengubah perjanjian yang telah disetujui dan ditanda-tangani oleh kedua-dua pihak adalah “melanggar undang-undang antarabangsa”.

Terdapat pendapat yang mengatakan pihak EU akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap UK kerana melanggar perjanjian tersebut dan mengkhianati ‘niat baik’ dalam Perjanjian Pengeluaran tersebut.

Sama ada UK meluluskan undang-undang baru atau EU memilih untuk mengambil tindakan undang-undang, pelabur menafsirkan situasi ini boleh menyebabkan perjanjian di antara kedua-dua pihak sesuatu adalah sesuatu yang mustahil.