The Leading Trading Academy in Malaysia

Arah tuju Euro?

Arah tuju matawang Euro sekarang bergantung kepada persidangan antara pemimpin-pemimpin negara anggota kesatuan Eropah pada hari ini yang mana akan membincangkan berkenaan cadangan untuk meluluskan Dana Pemulihan Zon Eropah.

Semalam menurut salah seorang pegawai kanan Kesatuan Eropah, setakat ini masih tiada kata sepakat berkenaan persetujuan untuk meluluskan dana tersebut namun Canselor Jerman iaitu Angela Merkal berserta Presiden Perancis Emmanuel Macaron berusaha keras untuk mendapat persetujuan negara-negara lain.

Setakat ini hanya 4 negara sahaja yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. 4 negara tersebut yang dikenali sebagai 4 negara “frugal” (jimat) tidak bersetuju kerana risau dengan penyalahguna dana terbabit. Mengikut mereka, perlu ada rancangan yang teliti untuk memastikan dana tersebut digunakan sebaik mungkin.

Jumlah keseluruhan untuk Dana Pemulihan Eropah adalah 750 Billion Euro dengan 500 billion euro dalam bentuk geran manakala 250 billion euro dalam bentuk pinjaman. Jadi untuk memastikan dana tersebut lulus, pengurangan terhadap jumlah tersebut atau syarat yang lebih ketak akan dikenakan untuk meluluskan geran terbabit.

Secara keseluruhan, sekiranya dana tersebut lulus dengan apa syarat sekalipun akan menjadi peransang untuk melonjatkan nilai euro. Jadi itu yang akan kita perhatikan hari ini.