The Leading Trading Academy in Malaysia

Market Insight – 30 June 2020

Semalam prestasi dolar AS bercampur-campur berbanding dengan matawang utama yang lain. Dolar AS berjaya mendapat momemtum berbanding dengan matawang “safe haven” seperti swiss franc dan juga yen. Matawang yang berpaut rapat dengan komiditi pula tidak mengalami perubahan yang ketara kerana kenaikan harga minyak dan juga prestasi yang baik dari pasaran saham.

Pandemik coronavirus masih lagi menjadi tajuk utama yang menggerakkan pasaran kewangan sekarang. Ketua WHO, Dr Tedros, mengeluarkan kenyataan yang mana situasi terburuk masih belum tiba dan situasi sekarang masih jauh dari berakhir. Di Amerika Syarikat terutamanya di bahagian selatan, sebahagian besar perniagaan kembali ke perintah penutupan disebabkan oleh kenaikan kes mendadak.

Untuk kalendar ekonomi hari ini, kita akan perhatikan KDNK daripada Kanada pada pukul 8.30malam nanti waktu Malaysia.

Selamat Maju Jaya.

Related Post

Leave a Replay