The Leading Trading Academy in Malaysia

Market Insight – 3 Julai 2020

Data pekerjaan Amerika Syarikat semalam menunjukkan penambahan pekerjaan yang lagi baik daripada jangkaan. Ramalan untuk NFP semalam adalah berlakunya penambahan pekerjaan sebanyak 3 juta dan angka sebenar adalah 4.8 juta pekerjaan baru berjaya dihasilkan pada bulan lalu.

Walaupun data dikeluarkan sangat positif namum sentimen negatif pasaran tidak dapat dihilangkan. Semalam Amerika Syarikat mencipta rekod kes tertinggi yang baru untuk penambahan kes harian. Semalam total kes baru untuk covid-19 adalah 52,789. Ini menunjukkan situasi semakin kritikal tanpa sebarang kawalan.

Para pelabur mula resah dan berpendapat walaunpun data pekerjaan pulih pada bulan lalu, sekiranya kes terus meningkat, kebarangkalian untuk sektor-sektor ekonomi ditutup kembali semakin tinggi. Yang mana ia akan menjejaskan aset pelaburan mereka.

Hari ini kita hanya akan perhatikan data ekonomi dari United Kingdom iaitu Final Services PMI.

Selamat Maju Jaya.

Related Post

Leave a Replay