The Leading Trading Academy in Malaysia

Market Insight – 2 Julai 2020

Dolar AS sekali lagi hilang momentum apabila sentimen pasaran bertambah baik terutamanya pada penghujung waktu perdagangan Amerika Syarikat. Data PMI Amerika Syarikat semalam yang menunjukkan data positif yang mana PMI Pembuatan ISM telah memasuki kawasan pengembangan ekonomi.

Syarikat perubatan Pfizer dan juga firma biotech BioNTech melaporkan bahawa terdapat kemajuan terhadap kajian vaksin untuk covid-19. Ujian terbaru yang dijalankan menunjukkan vaksin tersebut mampu menghasilkan tindak balas immuniti di dalam badan pesakit. Berita ini menambah lagi sentiment pasaran untuk AS yang mana sekali lagi menunjukkan jumlah kes baru melebihi 40 ribu semalam.

Hari ini kita akan perhatikan data pekerjaan Amerika Syarikat. Non farm payroll sememangnya dinanti ramai kerana situasi pasaran pekerjaan akan berkait langsung dengan proses pemulihan ekonomi Amerika Syarikat.

Selamat Maju Jaya.

Related Post

Leave a Replay