The Leading Trading Academy in Malaysia

Market Insight – 17 Sept 2020

Fed semalam mengadakan persidangan untuk menentukan polisi monetari tetapi tidak dapat menarik perhatian pelabur. Powell mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perangkaan terbaru ke sasaran inflasi purata.

Ramalan terkini menunjukkan bahawa FOMC menjangkakan KDNK mengecut sebanyak 3.7% iaitu pada kadar yang lebih positif berbanding dengan ramalan sebelumnya iaitu pada 6.5% untuk tahun 2020. Kadar pengangguran pula pada 7.6% berbanding dengan unjuran 9.3% pada bulan Jun.

Kadar dana Fed dilihat tidak berubah untuk tahun ini dan tahun berikutnya, sementara inflasi dijangka turun untuk tahun ini kepada 1.0% daripada 1.5%. Pembuat dasar AS terbuka untuk menyesuaikan polisi monetari dengan lebih lanjut sekiranya diperlukan tetapi mencadangkan mereka akan berhenti sejenak buat masa ini.

Dolar naik sederhana pada penghujung hari, tetapi tidak ada perkembangan penting di seluruh dunia, menyebabkan EUR/USD yang jatuh ke bawah 1,1800.

GBP/USD melonjak ke tahap 1.3000 dan mengakhiri hari di sekitar 1.2960, berdasarkan laporan bahawa UK menawarkan konsesi tentatif mengenai perikanan dalam rundingan perdagangan dengan EU, salah satu isu utama yang menyekat rundingan dalam beberapa bulan terakhir. Pound “bull” mengabaikan Fed. Tumpuan beralih sekarang ke pengumuman dasar monetari BOE pada awal Khamis.

Yoshihide Suga telah disahkan oleh Parlimen Jepun sebagai Perdana Menteri baru negara itu. Beliau dijangkan akan mengikuti jejak langkah Abe, dan ia akan menenangkan pasaran, sekurang-kurangnya untuk masa sekarang. USD/JPY jatuh ke bawah 105.00 dan mengekalkan trend menurun menuju pembukaan Asia.

Harga emas turun terhadap keputusan Fed, berikutan tiada rangsangan tambahan dalam jangka masa terdekat. Walau bagaimanapun, logam berharga tersebut berada dalam tahap yang sedia kala, diperdagangkan pada sekitar 1,955 pada penutupan pasaran.

Harga minyak mentah meningkat dengan kukuh, apabila mendapat sokongan daripada data EIA, yang melaporkan bahawa stok minyak mentah AS turun sebanyak 4.4 juta tong minggu lalu, berbanding anggaran kenaikan 1.3 juta. Sebagai tambahan, Taufan Sally memaksa penutupan lebih daripada 25% pengeluaran minyak di Teluk Mexico.

Selamat Maju Jaya.

Related Post

Leave a Replay