The Leading Trading Academy in Malaysia

Market Insight – 1 July 2020

Prestasi dolar AS semalam sekali lagi bercampur-campur. Dolar AS menguat pada sebelah pagi pada waktu pasaran Asia dan Eropah namun kekuatan Dolar AS jatuh teruk pada waktu pasaran Australia. Namun sesetengah pasangan matawang pada akhir hari tidak kelihatan banyak perubahan.

Kelemahan di dalam dolar AS semalam berpunca daripada kenyataan Pengerusi Fed Powell di hapadan Kongres semalam. Beliau berkata bahawa keadaan ekonomi sekarang adalah sangat luar biasa dan susah untuk diramal namum beberapa indikator dan data ekonomi mula menunjukkan pertumbuhan seperti yang dirancang.

Kenyataan tersebut menyebabkan orang ramai mulai rasa positif dan pasaran saham AS kembali tutup di dalam kehijaun.

Untuk kalendar ekonomi hari ini, kita akan perhatikan dua data daripada Amerika Syarikat. Pertamanya adalah ADP Non farm Payroll iaitu data perkerjaan untuk sektor swasta. Dan yang kedua adalah PMI ISM Pembuatan.

Selamat Maju Jaya.

Related Post

Leave a Replay